Lelaki yang hilang selepas dihanyutkan arus deras di Batu 12, Sungai Pisang Gombak pada Isnin, ditemukan lemas hari ini.<br /><br />Menurut Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor Datuk Norazam Khamis, mangsa dijumpai di kunci air Sungai Kerdas pada jarak anggaran 10 kilometer dari tempat dia mandi bersama rakannya.
